Monday, June 27, 2011

Sabarlah wahai salik

Allah mencipta satu jenis makhluk yang bernama manusia...
walaupun satu jenis tapi mempunyai pelbagai perwatakan...
perwatakan itulah biasanya membuatkan aku jatuh dan naik...
kerana aku lemah di sisi-Nya...
sesungguhnya setiap dugaan itulah nikmat...
tetapi aku tidak kuat untuk menghadapinya kadang-kadang...
oleh kerana kita ni Islam, kenalah terima dengan hati yang terbuka...
mungkin bukan rezeki aku untuk bermasyarakat lagi...
Insya'Allah, aku diberi hidayah dan taufiq suatu hari nanti...
Allah sentiasa adil dalam setiap perkara yang Dia lakukan...
siapalah aku untuk mempertikaikan perbuatan-Nya...
senyum dan bersabarlah dalam mengharungi setiap dugaan yang menimpa...
sesungguhnya Engkau sahaja yang aku wajib bergantung harap...

Wednesday, February 9, 2011

A-li 'Imraan [7]

Dia lah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat "Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) - adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu ugama, berkata:" Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami" Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran.